Penjelasan Sebagian Adab
Dalam Buang Air Besar
Adhia
Raihatur Rajany
A. Redaksi Hadits dan Terjemah
وعن أبي قتادة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه
وسلم -: «لا يمسن أحدكم ذكره بيمينه، وهو يبول، ولا يتمسح من الخلاء بيمينه، ولا
يتنفس في الإناء» متفق عليه، واللفظ لمسلم
Daripada Abu Qatadah (r.a), beliau
berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Janganlah sesekali seseorang di
antara kamu memegang kemaluannya dengan tangan kanannya ketika sedang membuang
air kecil, janganlah menggunakan tangan kanan untuk membersihkan kotorannya dan
jangan pula bernafas di dalam tempat minum (bejana).” (Muttafaq ‘alaih.
Lafaz hadis ini berdasarkan riwayat Muslim)[1]
B. Takhrij Hadits
1. Shahih Muslim. Bab an-Nahyi ‘An
al-Istinjai Bi al-Yamini. Nomor: 63
2. Shahih Bukhari. Bab an-Nahyi ‘An
al-Istinjai Bi al-Yamini. Nomor: 153
C. Derajat Hadits
Hadits ini merupakan hadits shahih.
D. Rekontruksi Matan Hadits
لَا
يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ، وَلَا يَتَمَسَّحْ
مِنَ الْخَلَاءِ بِيَمِينِهِ، وَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ )مسلم(
إِذَا
شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ
فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ، وَلاَ يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ (البخاري)
مسلم
|
البخاري
|
|
1
|
لَا يُمْسِكَنَّ
|
فَلاَ يَمَسَّ
|
2
|
وَهُوَ يَبُولُ
|
-
|
3
|
-
|
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ
|
4
|
مِنَ الْخَلَاءِ
|
وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ
|
Maka jika keduanya digabungkan akan
menjadi seperti berikut:
لَا
يُمْسِكَنَّ)فلا يمس)
أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ، وَلَا يَتَمَسَّحْ (مِنَ
الْخَلَاءِ) بِيَمِينِهِ، (اذا شرب احدكم) وَلَا(فلا) يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ
a. Mufrodat
“لا يمسن”Larangan dalam hadis ini mengandungi makna makruh sebagai
bimbingan sekali gus peringatan.
“يتمسح”At-tamassuh menurut makna asalnya ialah mengusapkan tangan atau
anggota lainnya kepada sesuatu, tetapi makna yang dimaksudkan dalam hadis ini
ialah beristinjak.
b. Ijmali
Rasulullah
(s.a.w) memberi petunjuk kepada para sahabat dan mengajarkan akhlak dalam agama
dengan melarang mereka memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan
tangan kanan ketika membersihkan kotoran. Ini kerana tangan kanan adalah tangan
yang dimuliakan dan oleh kerananya, ia mesti dijauhkan daripada tempat-tempat
najis. Tangan kanan hanya digunakan untuk perbuatan yang terhormat pula seperti
makan dan minum serta lain-lain. Rasulullah (s.a.w) melarang pula bernafas di
dalam bejana, kerana perbuatan ini adalah perbuatan binatang di samping air
dikhuatiri tercemar oleh bau yang keluar daripada perut melalui mulut,
sedangkan air merupakan benda cair yang warnanya mengikuti warna wadahnya.
Akibat perbuatannya bernafas di bejana itu maka orang lain enggan meminumnya
dan menganggapnya sebagai menjijikkan. Hadis ini secara garis besarnya
menerangkan tentang sebahagian akhlak yang dianjurkan oleh agama Islam.[3]
G. Faidah Hadits
1.
Etika membersihkan diri setelah membuang air dan etika ketika minum.
2.
Menjaga kebersihan.
3.
Keutamaan tangan kanan dan menghindarkannya daripada memegang sesuatu yang
mengandungi najis. Ini kerana ada ketikanya seseorang teringat kepada najis
yang pernah diusapnya ketika dia sedang mengambil makanan dengan tangan
kanannya, hingga membuatnya akan merasa jijik dengan tangan kanannya itu.
4.
Ketika sedang minum, seseorang dianjurkan bernafas sebanyak tiga kali di luar
bejana. [4]
H. Kesimpulan
Hadits
ini melarang untuk memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan tangan
kanan ketika membersihkan kotoran. Selain itu, hadits ini juga melarang untuk
bernafas di dalam bejana.
[2] Allawi
Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri, Ibanah Al-Ahkam (Kuala Lumpur:
Al-hidayah Publication, 2010). Hal:
135