09 Januari 2020

Penjelasan Hadits Bulughul Maram Nomor 95 tentang larangan memegang kemaluan dengan tangan kanan


Penjelasan Sebagian Adab Dalam Buang Air Besar
Adhia Raihatur Rajany
A.    Redaksi Hadits dan Terjemah
وعن أبي قتادة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: «لا يمسن أحدكم ذكره بيمينه، وهو يبول، ولا يتمسح من الخلاء بيمينه، ولا يتنفس في الإناء» متفق عليه، واللفظ لمسلم
Daripada Abu Qatadah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Janganlah sesekali seseorang di antara kamu memegang kemaluannya dengan tangan kanannya ketika sedang membuang air kecil, janganlah menggunakan tangan kanan untuk membersihkan kotorannya dan jangan pula bernafas di dalam tempat minum (bejana).” (Muttafaq ‘alaih. Lafaz hadis ini berdasarkan riwayat Muslim)[1]
B.     Takhrij Hadits
1.      Shahih Muslim. Bab an-Nahyi ‘An al-Istinjai Bi al-Yamini. Nomor: 63
2.      Shahih Bukhari. Bab an-Nahyi ‘An al-Istinjai Bi al-Yamini. Nomor: 153
C.    Derajat Hadits
Hadits ini merupakan hadits shahih.
D.     Rekontruksi Matan Hadits
لَا يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ، وَلَا يَتَمَسَّحْ مِنَ الْخَلَاءِ بِيَمِينِهِ، وَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ )مسلم(
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ، وَلاَ يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ (البخاري)

مسلم
البخاري
1
لَا يُمْسِكَنَّ
فَلاَ يَمَسَّ
2
وَهُوَ يَبُولُ
-
3
-
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ
4
مِنَ الْخَلَاءِ
وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ

Maka jika keduanya digabungkan akan menjadi seperti berikut:
لَا يُمْسِكَنَّ)فلا يمس) أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ، وَلَا يَتَمَسَّحْ (مِنَ الْخَلَاءِ) بِيَمِينِهِ، (اذا شرب احدكم) وَلَا(فلا) يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ
E.      Syarah Hadits

a.       Mufrodat

لا يمسن”Larangan dalam hadis ini mengandungi makna makruh sebagai bimbingan sekali gus peringatan.

يتمسح”At-tamassuh menurut makna asalnya ialah mengusapkan tangan atau anggota lainnya kepada sesuatu, tetapi makna yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah beristinjak.

يتنفس”, Bernafas di dalam wadah ketika meminum air.[2]

b.      Ijmali

Rasulullah (s.a.w) memberi petunjuk kepada para sahabat dan mengajarkan akhlak dalam agama dengan melarang mereka memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan tangan kanan ketika membersihkan kotoran. Ini kerana tangan kanan adalah tangan yang dimuliakan dan oleh kerananya, ia mesti dijauhkan daripada tempat-tempat najis. Tangan kanan hanya digunakan untuk perbuatan yang terhormat pula seperti makan dan minum serta lain-lain. Rasulullah (s.a.w) melarang pula bernafas di dalam bejana, kerana perbuatan ini adalah perbuatan binatang di samping air dikhuatiri tercemar oleh bau yang keluar daripada perut melalui mulut, sedangkan air merupakan benda cair yang warnanya mengikuti warna wadahnya. Akibat perbuatannya bernafas di bejana itu maka orang lain enggan meminumnya dan menganggapnya sebagai menjijikkan. Hadis ini secara garis besarnya menerangkan tentang sebahagian akhlak yang dianjurkan oleh agama Islam.[3]

G.    Faidah Hadits

1. Etika membersihkan diri setelah membuang air dan etika ketika minum.

2. Menjaga kebersihan.

3. Keutamaan tangan kanan dan menghindarkannya daripada memegang sesuatu yang mengandungi najis. Ini kerana ada ketikanya seseorang teringat kepada najis yang pernah diusapnya ketika dia sedang mengambil makanan dengan tangan kanannya, hingga membuatnya akan merasa jijik dengan tangan kanannya itu.

4. Ketika sedang minum, seseorang dianjurkan bernafas sebanyak tiga kali di luar bejana. [4]

H.    Kesimpulan

Hadits ini melarang untuk memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan tangan kanan ketika membersihkan kotoran. Selain itu, hadits ini juga melarang untuk bernafas di dalam bejana.






[1] Muhammad bin Ismail, Subul Al-Salam (Jakarta: Darus Sunnah, 2007). Hal: 184
[2] Allawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri, Ibanah Al-Ahkam (Kuala Lumpur: Al-hidayah Publication, 2010). Hal: 135
[3] Hasan Sulaiman al-Nuri. Hal: 135
[4] Hasan Sulaiman al-Nuri. Hal: 135

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Selamat Datang di Blog Kami.
Apa ada yang bisa kami bantu?

Hadits ke-40